Rabu, 8 Januari 2014

ringkasan tentang boling

OK!

Jari ni menari2 di atas button hp,reply sms la katakan.Boling punya pasal.

"weh,boling jom?"

:) yup!~Bowling

Kenapa bowling?

1. Fun!

2. Multiplayer + Fun!

3. Anytime + Fun again!

4. (up to you but dont forget to put Fun! at the end of it)

Sukan,sememangnya seronok.

Sukan apa yang tidak menyeronokkan?

Dan,bila dah sukan,mestilah berpeluh!

Ramai yang mengomel,

"Ek eleh,main boling,manje btol,dahla main dalam aircon,mana nak peluh?"

Saya kata,

"U tak peluh sbb u main2 masa main boling"

Main bola tgh padang pun,kalau 'main2',pun tak akan berpeluh.

Beli sendiriDemi kepuasan maksima ataupun kepuasan tahap gaban dalam bahasa harian,sejumlah duit mestilah melayang.

Antaranya,

1. Bola

2. Kasut

3. Beg

Kalau baru nak berlatih(macam saya hee),bola tangan kedua yakni (2nd hand) amat memadai.

Banyak sangat dan mudah utk dicari(tentunya senang dgn adanya network rakan2 yg dah pro).

Harga pun murah,sangat murah berbanding yang baru.

Rm150 sebiji,harga standard bola reactive.

Bola reactive?

Jenis2 bola

Yup,secara amnya,bola ada 2 jenis(kalau salah tlg tegoq noo..)

Reactive,dan plastic.

Reactive mempunyai teras aka block di dalam bola yang mempengaruhi tindak balas semasa berputar dan bergolek secara menggila di atas lane.
Ebonite CycloneEbonite CycloneEbonite Cyclone

Plastic tidak mempunyai apa2 teras. Oleh sebab itu,plastic ball murah dan sesuai utk balingan secara lurus,tetapi terpulang kepada gaya balingan masing2.

Dan kalau berkunjung ke mana2 bowling alley pun,itulah bola yang disediakan secara percuma utk semua pemain.

Lurus atau bengkok aka hook?

Bicara tentang gaya balingan,ada 2 jenis juga.

Spin dan hook.

Spin ialah,balingan lurus tetapi bola berpusing ligat macam gasing,ataupun seperti helikopter.

1 lagi,yang paling terkenal,iaitu hook.

"Hook paling kurang pun memakan 1 thn la nak memguasai..sbb tu aku main spinner aje~"

Hook mmg istimewa.

2 bola minimum diperlukan utk seseorg bermain secara hook.

1 bola reactive utk hook,1 lagi utk spare kalau2 tak berjaya strike.Biasanya bola spare ialah plastic.

Kemudian,bag dan kasut.

Bag umpamanya,mempunyai 2 jenis juga.

1 sandang,dan 1 beroda.

Sandang mmg murah,tapi,kalau dah sebiji bola 5 6 kg,mmg sengal la bahu.Silap2 tersalah urat nanti.

Kasut pula,bg sy sendiri,amat penting utk bermain secara serius.

Nak pinjam tu boleh,cuma,prestasi sebenar player sukar utk dinilai dek kerana besarnya pengaruh approaching step utk membuat balingan.

Katanya jenama kasut boling terbaik dunia ialah Dexter.
Contoh Gambar:

Harga pun sekitar Rm120-200 bagi permulaan,dan paling mahal,boleh mencecah Rm900!~

 

BerguruTerus terang,guru pertama sy ialah,YouTube!

Dan perkara pertama yg perlu dipelajari ialah,step.

aHa!~Step sangat penting.

4 step approach,my favourite!~


Ringkas dan mudah.
Kemudian,beralih pula kepada pergelangan tangan yg perlu dibengkokkan (istilah;cu), dan cara memegang bola yg betul,berserta susunan jari utk mendapatkan balingan yg berbeza.

Hampir kesemuanya boleh didapati di YouTube.

Walaupun begitu,tunjur ajar daripada rakan yang mahir,lebih membantu.

Batas2 pergaulan juga perlu dijaga,mengapa perlu meniru pemain2 non Muslim yg bertepuk tampar sesama mereka tanpa mengira muhrim atau tidak?


Go bowling!




1 ulasan:

  1. Baccarat Rules & Regulations | WURRI - Wilshire County
    Baccarat is the traditional 인카지노 form of poker. 바카라 Each player youtube mp4 decides the bet type for which to place their wagers. Betting Rules.

    BalasPadam